Rabu, 20 Mei 2020 | 4:02pm
- Foto hiasan
- Foto hiasan

COVID-19: Thailand dakwa rawatan plasma menyembuhkan pesakit kritikal

BANGKOK: Seorang pesakit COVID-19 yang tenat di Hat Yai, Thailand kini dibenarkan pulang ke rumah apabila pulih selepas menerima rawatan plasma di Hospital Songklanagarind.

Menurut pihak hospital, ini adalah kes pertama di wilayah selatan itu, di mana plasma didermakan oleh pesakit yang sembuh didapati berkesan bagi merawat COVID-19.

Pesakit dimasukkan ke hospital tempatan selepas sistem pernafasannya gagal dan doktor terpaksa menggunakan bantuan ventilator.

Menurut sumber, pada mulanya pihak hospital cuba menggunakan kaedah rawatan biasa tetapi keadaan pesakit tidak bertambah baik.

"Pesakit kemudiannya dihantar ke Hospital Songklanagarind, di mana pesakit berkenaan menerima rawatan plasma sebanyak dua kali untuk tempoh dua hari.

"Pada hari keempat, sistem pernafasannya pulih, malah tahap jangkitan dalam sistem darah berkurangan dan pesakit mampu berjalan sendiri," katanya. - AGENSI

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X