Khamis, 14 Mei 2020 | 10:01am
Petugas perubatan memakai sut perlindungan diri mengambil sampel darah seorang peniaga di sebuah pasar di Makassar. - Foto AFP
Petugas perubatan memakai sut perlindungan diri mengambil sampel darah seorang peniaga di sebuah pasar di Makassar. - Foto AFP

COVID-19: Kes positif di Indonesia lepasi angka 16,000

JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 16,000, dengan kes kematian meningkat kepada 1,043 orang.

Sebanyak 568 lagi kes positif baharu virus itu direkodkan bagi tempoh 24 jam, menjadikan jumlah mereka yang dijangkiti COVID-19 di Indonesia kini 16,006 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 15 lagi kematian dicatatkan, menjadikan kes kematian akibat virus itu kini berjumlah 1,043 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 452 kes, diikuti Jawa Timur (167 kes), Jawa Barat (99) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X