Sabtu, 25 April 2020 | 5:58pm
Petugas kesihatan mengambil sampel darah untuk ujian COVID-19 di Jakarta. - Foto AFP
Petugas kesihatan mengambil sampel darah untuk ujian COVID-19 di Jakarta. - Foto AFP

COVID-19: Indonesia mencatatkan 8,607 kes, 720 kematian

JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia mencatatkan peningkatan kepada 8,607 kes dengan jumlah kematian 720 kes sehingga kini.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, berkata 31 lagi kes kematian berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 396 lagi tambahan kes positif baharu," katanya.

Menurut Achmad Yurianto, 19,084 pesakit masih berada dalam pengawasan COVID-19.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 346 kes, diikuti Jawa Barat (77 kes), Jawa Timur (75), Jawa Tengah (54) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia. - BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X