Selasa, 14 April 2020 | 7:02pm
Kakitangan perubatan di Vibhavadi Hospital, Bangkok menyediakan kit ujian COVID-19. - Foto AFP
Kakitangan perubatan di Vibhavadi Hospital, Bangkok menyediakan kit ujian COVID-19. - Foto AFP

Bayi baru lahir dibekal pelindung muka hindari COVID-19

BANGKOK: Bayi yang baru lahir dibekalkan dengan pelindung muka untuk menghindari mereka daripada jangkitan COVID-19.

Langkah itu dimulakan di Hospital Praram 9 bagi memastikan bayi baru lahir mendapat perlindungan mencukupi terutama semasa berada di hospital dan dalam perjalanan pulang ke rumah.

Kini, beberapa hospital di sekitar Bangkok turut membekalkan alat perlindungan itu di wad bersalin dalam usaha mencegah penularan wabak coronavirus.

Pelindung muka kecil itu direka sendiri oleh pihak di hospital sebagai usaha mengurangkan risiko bayu baru lahir terkena jangkitan.

Thailand, yang ketika ini mencatatkan 2,613 kes dengan 41 kematian, adalah negara dengan rekod terendah di rantau ini meskipun menjadi negara pertama dikesan mempunyai jangkitan itu di luar China.

Ketika ini, Bangkok diletakkan di bawah perintah berkurung dan Thailand juga bertindak membatalkan acara tahunan paling meriah di negara itu iaitu Pesta Songkran.

Hari ini, Thailand melaporkan 34 kes COVID-19 baharu dengan satu kematian iaitu seorang pemandu bas wanita berusia 52 tahun di Bangkok.

Seorang warga Thailand yang dikuarantin selepas pulang dari menghadiri perhimpunan tabligh di Sulawesi Selatan bulan lalu, disahkan disahkan positif hari ini. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X