Isnin, 13 April 2020 | 5:05pm
LOKASI Festival Songkran di Yangon sepi.
LOKASI Festival Songkran di Yangon sepi.

COVID-19: Festival Songkran di Myanmar sepi

YANGON: Festival Songkran Tahun Baharu Myanmar (Thingyan bagi masyarakat tempatan) adalah cuti umum terbesar di negara ini - biasanya perayaan di sambut seminggu di seluruh negara dan pergaduhan air, dengan sambutan perayaan berpesta hingga larut malam.

Namun, pada tahun ini, ia menyamai sambutan Easter yang dibatalkan di tempat lain di dunia dengan hab komersil negara itu Yangon dalam perintah berkurung dan penduduk terkurung di dalam rumah kerana COVID-19.

Basikal dan beca penghantaran makanan menyusuri jalan-jalan di kota yang biasanya sesak dengan lalu lintas selepas pemerintah memerintahkan orang ramai supaya tinggal di rumah kecuali untuk keperluan makanan dan penjagaan kesihatan yang penting.

Setakat semalam, Myanmar secara rasminya hanya mempunyai 38 kes COVID-19 yang disahkan - termasuk tiga kematian - tetapi ramai yang takut bilangan ujian yang rendah bermakna angka sebenar mungkin berkali-kali lebih tinggi.

Gambar dari cuti tahun lalu jelas menunjukkan Yangon kini bandar yang berbeza, dengan tiada lagi kelihatan hos menyemburkan air terhadap orang ramai yang bersorak sambil menari sambil alunan muzik tekno yang memekakkan telinga dipancarkan dari pembesar suara raksasa.

Tahun ini, keheningan hanya dipecahkan oleh burung gagak dan burung merpati serta motor teksi yang sesekali mencari pelanggan.

"Thingyan ada di hati setiap orang Myanmar," kata Soe Moe Aung, 36, yang sedih, kepada AFP.

Cuti umum dan perintah berkurung masing-masing akan berakhir pada Ahad depan, tetapi usaha untuk mencegah penyebaran COVID-19 mungkin akan dilanjutkan.

Pakar kesihatan awam yang berpangkalan di Yangon, Dr Frank Smithuis, memberi amaran bahawa sebarang perintah berkurung yang berkekalan akan "merosakkan" untuk Myanmar - dan negara-negara kurang maju di rantau ini - di mana banyak kehidupan berunsur ‘kais pagi makan pagi’. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X