Jumaat, 24 Januari 2020 | 10:22pm
Jurucakap parti pemerintah Myanmar, Myo Nyunt.
Jurucakap parti pemerintah Myanmar, Myo Nyunt.

Myanmar sudah laksana tindakan lindungi Rohingya: pemerintah

YANGON: Myanmar sudah melakukan tindakan sewajarnya untuk melindungi Muslim Rohingya, kata seorang jurucakap parti pemerintah hari ini, mengundurkan perintah dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sehari sebelumnya supaya menghentikan tindakan penghapusan atau genosid terhadap etnik minoriti.

Mahkamah berpangkalan di The Hague itu mengarahkan Myanmar supaya melindungi etnik Rohingya terhadap kekejaman lebih lanjut dan memelihara bukti jenayah yang didakwa, selepas sebahagian besar umat Islam Gambia melancarkan tuntutan saman pada bulan November, menuduh Myanmar melakukan genosid terhadap etnik minoriti itu.

ICJ memerintahkan Myanmar melindungi Rohingya daripada penindasan berterusan dan mengekalkan bukti terhadap jenayah yang didakwa dilakukan oleh negara terbabit, selepas kebanyakan Muslim Gambia November lalu memfailkan tuntutan saman, mendakwa Myanmar melakukan genosid terhadap etnik minoriti itu.

"Kerajaan sudah melaksanakan kebanyakan perintah. Seperkara lagi yang perlu dilakukan ialah kami perlu menghantar laporan," kata jurucakap parti pemerintah Myanmar, Myo Nyunt, yang enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan awam yang memerintah secara bersama dengan ketenteraan yang menyaksikan aturan janggal Perlembagaan mempunyai kuasa mutlak bagi panglima besar, tetapi gagal mengawal pasukannya.

"Dalam keadaan politik semasa, kami mengalami kesukaran menyelesaikan beberapa isu, antaranya arahan bahawa kerajaan perlu memastikan tentera atau pemberontak bersenjata tidak melakukan atau cuba untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap Rohingya atau Bengali," katanya.

Lebih 730,000 Rohingya meninggalkan barat Rakhine dan berhijrah ke Bangladesh pada 2017 untuk mengelak tindakan daripada pimpinan tentera yang disifatkan sebagai hukuman dengan niat melakukan pembunuhan beramai-ramai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Myanmar bagaimanapun mendakwa kempen ketenteraan itu adalah operasi pencegahan pemberontakan sah dilancarkan susulan serangan militan terhadap pasukan keselamatan.

Kira-kira 600,000 Rohingya kekal di Myanmar, dikurung di kem dan kampung, selain tiada akses bebas bagi penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Mereka diejek sebagai 'Bengali' dan dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin dari Bangladesh, walaupun terdapat peruntukan dalam sejarah Rakhine.

ICJ semalam mengarahkan Myanmar mengambil langkah segera bagi melindungi etnik Rohingya.

Selain itu, Myanmar diarah mengambil ‘segala langkah termampu’ untuk mencegah sebarang tindakan dilarang di bawah Konvensyen Genosid PBB 1948, dan melaporkan kembali kepada ICJ dalam tempoh empat bulan.

Keputusan itu diumumkan Presiden ICJ, Hakim Abdulqawi Ahmed Yusuf, susulan tindakan Gambia memulakan prosiding di mahkamah tertinggi PBB itu pada November lalu, dengan menuduh Myanmar melanggar Konvensyen Genosid PBB 1948 kerana melakukan genosid etnik Rohingya. - REUTERS

Berita Harian X