Sabtu, 7 Disember 2019 | 9:50pm

Ribuan berhimpun sokong Suu Kyi

NAYPYIDAW: Ribuan penduduk berkumpul sebagai sokongan kepada ketua umum Myanmar, Aung San Suu Kyi, menjelang kehadirannya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi mempertahankan negara itu daripada tuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas etnik Islam Rohingya.

Perhimpunan besar di ibu kota negara itu, Naypyidaw, dibuat ketika Menteri Luar China tiba untuk lawatan atas jempuran Suu Kyi.

Penganalisi berkata, kerusi tetapi Beijing di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kuasa veto, menjadikan ia sekutu bernilai ketika Myanmar berhadapan siasatan memuncak mengenai layanannya ke atas penduduk Rohingya.

Pernah disanjung sebagai jaguh demokrasi, keputusan mengejutkan Suu Kyi untuk berhadapan ICJ minggu hadapan bagi mempertahankan Myanmar terhadap dakwaan melakukan pembunuhan beramai-ramai

ke atas minoriti Islam itu berisiko menjejaskan lagi reputasinya sudah pun tercemar di luar negara.

Namun di negaranya, tokoh yang dikenali dengan gelaran ‘The Lady’ itu tetap dihormati, dan azam penyokongnya semakin kukuh menjelang sesi pendengaran di ICJ yang dijadualkan pada 10 hingga 12 Disember ini.

“Kami bangga dengan dia kerana mengambil tanggungjawab dengan pergi ke The Hague bagi melindungi imej negara,” kata penulis terkenal, Htin Lin Oo, menerusi mikrofon di depan sepanduk berbunyi, ‘Kami menyokong pemimpin kami.’

Saman itu dikemukakan Gambar, negara Islam kecil di Afrika Barat yang mendakwa Myanmar melanggar Konvensyen Pembunuhan Beramai-ramai PBB dengan kekejaman ke atas penduduk Rohingya pada 2017. — AFP

Berita Harian X