Ahad, 24 November 2019 | 7:40am
Awal bulan ini, tentera Filipina berkata, anggotanya menggagalkan apa yang digelar cubaan pengeboman bunuh diri di kawasan bandar Jolo di Sulu, siri serangan terbaharu dipersalahkan ke atas Abu Sayyaf. -Foto Agensi

Tentera Filipina dakwa bunuh Abu Talha

MANILA: Tentera Filipina membunuh seorang militan yang membantu kumpulan militan tempatan dikaitkan Daesh melancarkan pengeboman bunuh diri di wilayah selatan Sulu, kata pihak berkuasa semalam.

Mayat Talha Jumsah, juga dikenali Abu Talha, ditemui selepas pertembungan dengan tentera Filipina pagi kelmarin di bandar Patikul, kata pihak berkuasa tentera.

Mereka berkata, Abu Talha dilatih membuat bom oleh Daesh dan mengarahkan militan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) melancarkan serangan bunuh diri. Dia juga berkhidmat sebagai ‘penyalur kewangan dan penghubung’ antara militan asing dan tempatan.

Abu Talha dilatih membuat bom oleh Daesh dan berkhidmat sebagai ‘penyalur kewangan dan penghubung’ antara militan asing dan tempatan. -Foto Agensi
Abu Talha dilatih membuat bom oleh Daesh dan berkhidmat sebagai ‘penyalur kewangan dan penghubung’ antara militan asing dan tempatan. -Foto Agensi

“Kematian Abu Talha sudah tentu menyebabkan kedudukan ASG di Sulu semakin lemah,” kata Brig Jeneral tentera Antonio Nafarrete.

Komander pasukan tentera di Sulu, Mejar Jeneral Corleto Vinluan Jr menggesa anggota ASG supaya ‘menyerah diri dan hidup secara normal berbanding diburu dan melarikan diri sebagai penjenayah.’

Awal bulan ini, tentera berkata, anggotanya menggagalkan apa yang digelar cubaan pengeboman bunuh diri di kawasan bandar Jolo di Sulu, siri serangan terbaharu dipersalahkan ke atas Abu Sayyaf. -AFP

Berita Harian X