Selasa, 8 Oktober 2019 | 8:19pm
Lima ekor gajah ditemui mati di dasar air terjun di Thailand. Pegawai percaya mereka melompat masuk untuk cuba menyelamatkan satu sama lain. - Foto Jabatan Taman Negara, Pemuliharaan Hidupan Liar dan Tumbuhan Thailand

Lima lagi gajah liar di Thailand jatuh air terjun

BANGKOK: Lima lagi gajah liar mati selepas terjatuh ke dalam kawasan air terjun di Taman Negara Khao Yai, menjadikan jumlah keseluruhan 11 ekor termasuk seekor anak gajah berusia tiga tahun.

Pegawai di Jabatan Hidupan Liar dan Pemuliharaan Hutan berkata, hanya dua ekor gajah dipercayai masih hidup selepas terjatuh di kawasan air terjun setinggi 200 meter di taman negara itu.

Katanya, gajah itu dipercayai cuba melintas sungai di puncak air terjun Sabtu lalu sebelum arus kuat menolaknya dan terjatuh di bawah.

Gabenor wilayah Nakhorn Nayok, Nattapong Sirichanam berkata, pegawai hidupan liar menghantar dron ke kawasan terbabit bagi menyiasat punca kejadian kerana laluan itu amat sukar didaki.

“Kami menerbangkan dron setinggi 15 meter kerana tidak dapat pergi ke sana untuk mengesahkan jumlah kematian gajah itu

Kita akan cari jalan untuk menghalang tragedi sama berulang,” kata Nattapong.

Menurut Jabatan Taman Negara, kira-kira 3,500 hingga 3,700 gajah masih tinggal di seluruh Thailand.-Reuters.

Berita Harian X