Ahad, 28 Julai 2019 | 3:49pm
PIHAK berkuasa Vietnam merampas 125 kilogram sumbu badak yang dibalut dengan plaster di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, hari ini. - Foto AFP

Vietnam rampas 125 kilogram sumbu badak

HANOI: Pihak berkuasa Vietnam merampas 125 kilogram sumbu badak yang dibalut dengan plaster di lapangan terbang, dekat sini, hari ini.

Sebanyak 55 sumbu badak disembunyikan dan rampasan dibuat ketika negara komunis itu mengenakan tindakan keras terhadap kegiatan penyeludupan anggota haiwan liar.

Vietnam adalah negara yang menjadi hab bekalan dan transit popular untuk perdagangan anggota haiwan yang bernilai berjuta-juta dolar.

Sumbu badak seberat 125 kilogram yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi, semalam dikesan selepas cubaan menyeludup dapat dikesan.

“Imej yang samar menunjukkan sumbu badak yang besar dan kecil diletakkan di atas meja dan polis terpaksa menggunakan batang besi untuk memecahkan peti. Ia mengambil masa hampir separuh hari untuk membuka peti itu,” kata sumber keselamatan kepada AFP.

Masih tidak jelas negara Afrika mana yang menjadi pusat penyeludupan asal sumbu itu. - AFP

Berita Harian X