Rabu, 1 Mei 2019 | 8:59pm
Imej Raja Maha Vajiralongkorn dan Ratu Suthida yang dirakam menerusi siaran televisyen Thailand hari ini, pada majlis perkahwinan pasangan itu di Bangkok. Foto AFP

Raja Maha Vajiralongkorn, Ratu Suthida umum perkahwinan

BANGKOK: Raja Maha Vajiralongkorn, hari ini, mengumumkan bahawa beliau sudah berkahwin dengan pasangannya, Jeneral Suthida Vajiralongkorn.

Susulan itu, Raja Thailand itu mengumumkan gelaran Ratu Suthida kepada isterinya, yang dibuat beberapa hari sebelum majlis pertabalannya.

Pengumuman itu dibuat menerusi dekri diraja dan majlis pertabalan raja berusia 66 tahun itu bakal berlangsung mulai 4 Mei hingga 6 Mei ini.

Vajiralongkorn yang turut digelar sebagai Raja Maha X, menaiki takhta diraja Thailand berikutan kematian bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada Oktober 2016, selepas memegang jawatan itu selama 70 tahun.

Pada 2014, Vajiralongkorn melantik Suthida Tidjai, yang juga bekas pramugari syarikat penerbangan Thai Airways, sebagai timbalan komander unit pengawal peribadinya.

Dua tahun kemudian, iaitu Disember 2016, Suthida dinaikkan pangkat sebagai Jeneral dan pada 2017 sebagai timbalan komander pengawal peribadi diraja.

Vajiralongkorn turut memberi gelaran Thanpuying atau Lady kepada Suthida. Reuters

Berita Harian X