Isnin, 25 Februari 2019 | 1:27pm
- Foto Hiasan

Kes ketiga demam selesema babi Afrika dikesan di Vietnam

HANOI: Demam selesema babi Afrika dikesan di sebuah ladang di utara bandar pelabuhan Haiphong, di Vietnam, menjadikan bilangan wilayah yang dijangkiti virus meningkat kepada tiga, lapor media tempatan, hari ini.

Menurut laporan akhbar Nong Nghiep Vietnam kendalian Kementerian Pertanian, beberapa ekor babi dijumpai mati di kawasan ladang dan dua daripada lima bangkai yang dijadikan sampel menunjukkan kesan positif terhadap penyakit berjangkit itu.

Pihak berkuasa berkata, minggu lalu, virus yang sama turut dikesan di tiga ladang di wilayah Thai Binh dan Hung Yen, kes pertama yang disahkan di negara Asia Tenggara. - Reuters

Berita Harian X