Sabtu, 16 Februari 2019 | 3:43pm

Gempa 5.4 magnitud gegar Papua

JAKARTA: Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada Skala Richter menggegarkan barat laut Papua, Indonesia, tengah hari tadi.

Gempa berpusat di 47 kilometer barat laut Jayapura-Papua itu berlaku pada jam 1.39 tengah hari waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gempa itu tidak menyebabkan berlakunya tsunami.

Setakat ini belum terdapat laporan kesan atau impak gempa itu kepada penduduk dan kawasan setempat. – BERNAMA

Berita Harian X