Khamis, 7 Februari 2019 | 1:50pm

Gempa bumi gegar Maluku Utara

JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 5.6 pada skala Richter menggegarkan barat laut Ternate, Maluku Utara, Indonesia hari ini.

Gempa berpusat di 129 kilometer barat laut Kota Ternate itu berlaku pada jam 11.15 pagi waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gegaran turut dirasai di Kota Menado, di Pulau Sulawesi Utara.

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan oleh BMKG.

Setakat ini laporan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa belum diterima. - BERNAMA

Berita Harian X