Sabtu, 1 Disember 2018 | 10:05pm

Gempa bumi 6.5 gegarkan Indonesia

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.5 melanda pantai Kepulauan Tanimbar di Indonesia hari ini, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Kejadian berpusat 279 kilometer ke barat Saumlaki di kepulauan itu. Tiada laporan awal mengenai kecederaan atau kerosakan diterima.

Indonesia terletak dalam Lingkaran Api Pasifik dan kerap dilanda gempa bumi. — Reuters

Berita Harian X