Jumaat, 19 Oktober 2018 | 12:37pm

ASEAN tetap garis panduan keselamatan udara, data keganasan

SINGAPURA: Menteri Pertahanan Asia Tenggara hari ini bersetuju menetapkan garis panduan menguruskan pertembungan udara tidak dijangka antara pesawat pejuang tentera mereka, selain perjanjian pertukaran maklumat berkaitan keganasan dan pelampau.

Pemimpin kumpulan 10 negara Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN) itu menandatangani pengisytiharan bersama susulan pertemuan di republik ini.

Satu kod pengurusan pertembungan tidak dijangka di laut sudah wujud dan diterima pakai tahun lalu oleh negara ASEAN yang turut disertai Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Persekutuan Russia dan Amerika Syarikat (AS).

Kesemua 10 negara bersetuju menerima inisiatif ‘mata kami’ dilancarkan enam negara anggota Januari lalu sebagai platform pertukaran maklumat berkaitan keganasan, radikalisme, keganasan pelampau dan ancaman ‘bukan tradisi’ di rantau itu. -Reuters

Berita Harian X