Isnin, 8 Oktober 2018 | 7:37pm

1 maut, 4 cedera samseng remaja berbalas tembakan

BANGKOK: Seorang pelancong India maut dan empat lagi cedera dalam kejadian tembak menembak antara dua kumpulan samseng remaja di kawasan beli belah popular di ibu kota Thailand, kata pegawai kesihatan hari ini.

Kejadian berlaku malam semalam di daerah Pratunam di tengah Bangkok, kawasan tumpuan pelancong yang dikenali dengan harga murah dan pasar malam.

Jurucakap polis, Kolonel Krissana Pattanacharoen, berkata dalam kenyataan akhbar beberapa remaja ‘bergaduh dan mula melepaskan tembakan di lorong kecil berhampiran pusat beli belah Bangkok’.

Sekumpulan pelancong India sedang menunggu bas persiaran berhampiran ketika kejadian berlaku.

“Polis masih memburu kumpulan remaja itu,” menurut kenyataan polis.

Pegawai kesihatan dari Pusat Erawan di Bangkok berkata, seorang pelancong maut dan empat lagi cedera.

“Seorang ialah warga Laos dimasukkan ke hospital polis dan masih hidup,” kata pegawai hospital. — AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X