Sabtu, 22 September 2018 | 6:14pm
GAMBAR hiasan.

Singapore Airlines henti bawa kargo rangka singa

SINGAPURA: Singapore Airlines berkata semalam, ia berhenti menerima tulang singa dibawa menerusi kargo selepas syarikat penerbangan itu didakwa memindahkan anggota haiwan dari Afrika Selatan dalam satu laporan.

Jurukempen sekian lama menggesa larangan perdagangan kontroversi tulang kucing besar itu yang amat digemari untuk dijadikan ubatan dan barang kemas di negara Asia Tenggara.

Singapore Airlines adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang mengimport tulang singa dari Afrika Selatan ke Asia Tenggara tahun lalu, menurut laporan dikeluarkan Julai lalu oleh pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, EMS Foundation dan kumpulan hak asasi haiwan, Ban Animal Trading.

Sekurang-kurangnya 800 rangka singa di eskport dengan restu kerajaan Afrika Selatan pada 2017, kata laporan, menjadikannya pengeksport terbesar dunia untuk tulang haiwan itu.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan AFP, ia berhenti menerima kargo tulang singa, namun tidak mengatakan bila dasar itu berkuat kuasa.

“Singapore Airlines tidak menerima penghantaran tulang singa sebagai kargo susulan satu laporan yang mengambil kira kebimbangan di seluruh dunia,” kata syarikat menerusi emel. -AFP

Berita Harian X