Jumaat, 31 Ogos 2018 | 12:09pm
JAMES Ricketson ketika dibawa meninggalkan Mahkamah Perbandaran Phnom Penh, Kemboja. - Foto Reuters
JAMES Ricketson ketika dibawa meninggalkan Mahkamah Perbandaran Phnom Penh, Kemboja. - Foto Reuters

Kemboja penjara pembuat filem Australia

PHNOM PENH: Mahkamah Kemboja menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas seorang pembuat filem Australia hari ini selepas didapati bersalah melakukan pengintipan.

James Ricketson, 69, ditangkap Jun lalu selepas dirakam sedang menerbangkan dron ketika berlangsungnya satu perhimpunan politik anjuran pembangkang, Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP) yang kini dibubarkan.

“Saya mengintip untuk negara apa?,” kata Ricketson dalam nada tidak percaya selepas hukuman dijatuhkan. - Reuters

Berita Harian X