Rabu, 29 Ogos 2018 | 11:47am
SEBUTIR bom disembunyikan di bawah motosikal mengorbankan dua orang termasuk kanak-kanak selain mencederakan 37 lain dalam satu festival jalanan tempatan di selatan Filipina semalam. - Foto EPA
SEBUTIR bom disembunyikan di bawah motosikal mengorbankan dua orang termasuk kanak-kanak selain mencederakan 37 lain dalam satu festival jalanan tempatan di selatan Filipina semalam. - Foto EPA

Terkini: 2 maut, 37 cedera serangan bom di Mindanao

MANILA: Sebutir bom disembunyikan di bawah motosikal mengorbankan dua orang termasuk kanak-kanak selain mencederakan 37 lain dalam satu festival jalanan tempatan di selatan Filipina semalam, kata pegawai keselamatan, pergolakan terbaharu di rantau terdedah kepada aktiviti militan.

Letupan berlaku di hadapan sebuah gerai pakaian di sepanjang lebuh raya di Isulan, dalam wilayah Sultan Kudarat, di mana festival berlangsung.

Menurut polis, siasatan sedang dijalankan dan menurut laporan AFP serangan didakwa dilakukan militan Daesh.

“Jelasnya, Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) yang ada kaitan dengan ISIS (Daesh) mempunyai matlamat kuat untuk memulakan serangan seperti itu,” kata jurucakap Bahagian Infrantri tentera, Arvin Encinas.

Wilayah itu terletak di pulau kedua terbesar Filipina di Mindanao, sebahagiannya dilingkari pemberontakan berdekad Mao dan pemisah yang menyaksikan peningkatan kes lanun dan pengaruh Daesh.

Mindanao berada di bawah undang-undang tentera sehingga penghujung tahun ini susulan pendudukan lima bulan di Bandar Marawi pada 2017 oleh sekutu pemberontak setia dengan Daesh.

Pengeboman terbaharu itu berlaku sebulan selepas peranti diletupkan dalam van yang ditahan di pusat pemeriksaan pulau Basilan, mengorbankan 11 orang termasuk empat orang awam. -Reuters/AFP

Berita Harian X