Isnin, 6 Ogos 2018 | 12:47am
Pesakit dipindahkan ke luar tempat letak kereta Hospital Mataram selepas gempa kuat di Mataram, pulau Lombok, Indonesia. - Foto REUTERS

Terkini: 19 maut, puluhan cedera, gempa bumi Lombok

MATARAM: Satu gempa bumi besar berukuran magnitud 7.0 di Pulau Lombok, Indonesia petang semalam mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang, mencederakan puluhan lain dan merosakkan bangunan, kata pihak berkuasa.

“Data terbaharu yang kami peroleh ialah 19 orang dilaporkan maut di Hospital Tanjung (Lombok Utara),” kata jurucakap operasi mencari dan menyelamat Mataram, Agus Hendra Sanjaya kepada AFP.

Katanya, antara mangsa yang maut adalah bayi berusia setahun dan warga emas berusia 72 tahun. -AFP

Berita Harian X