Isnin, 30 Julai 2018 | 7:31am
PERDANA Menteri Hun Sen. - Foto FP
PERDANA Menteri Hun Sen. - Foto FP

Hun Sen dakwa menang besar pilihan raya kontroversi

PHNOM PENH: Parti pemerintah Kemboja, Parti Rakyat Kemboja (CPP) mendakwa menang besar dalam pilihan raya umum semalam yang disifatkan kumpulan hak asasi sebagai tidak bebas dan berat sebelah.

Kumpulan hak mendakwa wujud elemen ugutan ke atas pengundi selain ketiadaan pembangkang untuk mencabar Perdana Menteri Hun Sen.

Pilihan raya kali ini dikritik hebat sebagai satu penipuan berikutan kempen berbau ugutan oleh Hun Sen dan sekutunya terhadap pengkritik dan pembubaran parti pembangkang utama tahun lalu.

Jurucakap CPP, Sok Eysan berkata parti itu memenangi 100 daripada 125 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

"CPP memenangi 80 peratus daripada semua undi dan kami menjangkakan akan memenangi tidak kurang daripada 100 kerusi," kata Sok Eysan kepada Reuters dalam satu wawancara telefon.

Keputusan dari seluruh negara masih diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan semalam dan keputusan rasmi hanya akan diumumkan menjelang pertengahan Ogos. - Reuters

Berita Harian X