Isnin, 21 Mei 2018 | 10:28am
KEPULAUAN Spratly. - Foto Reuters

Filipina ambil tindakan diplomatik terhadap China

MANILA: Filipina mengambil tindakan diplomatik wajar untuk menegaskan tuntutannya di Laut China Selatan selepas pesawat pengebom China mendarat di pulau dan terumbu karang di rantau bertelingkah itu, kata Kementerian Luarnya di sini hari ini.

Tentera udara China berkata, pengebom seperti H-6K mendarat dan berlepas dari pulau dan terumbu di Laut China Selatan sebagai sebahagian latihan minggu lalu, menarik reaksi berang daripada pembuat dasar pembangkang di ibu kota ini.

Amerika Syarikat (AS) juga menghantar kapalnya ke kawasan bertelingkah terbabit.

Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina berkata, ia sedang memantau perkembangan itu.

"Kami sedang mengambil langkah diplomatik wajar perlu bagi melindungi tuntutan kami dan akan terus melakukannya di masa akan datang.

"Kami mengulangi komitmen untuk melindungi setiap inci wilayah dan kawasan yang berada dalam hak kedaulatan kami," kata kenyataan itu namun tidak mengecam China atas tindakannya. -Reuters

Berita Harian X