Khamis, 10 Mei 2018 | 3:26pm
ANGGOTA CNRP dirakam dalam kenderaan polis. - Foto Reuters
ANGGOTA CNRP dirakam dalam kenderaan polis. - Foto Reuters

Mahkamah kekal hukuman 11 anggota pembangkang

PHNOM PENH: Mahkamah Rayuan di sini, mengekalkan tuduhan mengadakan 'pemberontakan' ke atas 11 penyokong parti pembangkang utama, menjelang pilihan raya umum pada 29 Julai ini.

Keputusan itu diumumkan ketika meningkatnya kebimbangan mengenai tindakan yang bakal dikenakan oleh Perdana Menteri Hun Sen terhadap pengkritiknya.

Hun Sen sudah menyandang jawatan terbabit selama 33 tahun.

"Mahkamah Rayuan memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Perbandaran Phnom Penh dan terus menahan 11 individu terbabit," kata Hakim Plang Samnang tanpa mengemukakan sebarang alasan.

Semua anggota Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) dijatuhi hukuman penjara antara tujuh tahun hingga 20 tahun pada 2014, selepas mendesak kerajaan membuka semula lokasi mengadakan bantahan, 'Freedom Park' pada tahun berkenaan. - Reuters

Berita Harian X