Jumaat, 23 Februari 2018 | 6:38pm
PARTI pemerintah, Parti Rakyat Kemboja pimpinan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen bersiap sedia untuk menyapu bersih kerusi dalam pilihan raya Senat hujung minggu ini. - Foto Reuters
PARTI pemerintah, Parti Rakyat Kemboja pimpinan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen bersiap sedia untuk menyapu bersih kerusi dalam pilihan raya Senat hujung minggu ini. - Foto Reuters

Parti Hun Sen dijangka kuasai pilihan raya Senat

PHNOM PENH: Parti pemerintah, Parti Rakyat Kemboja pimpinan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen bersiap sedia untuk menyapu bersih kerusi dalam pilihan raya Senat hujung minggu ini.

Pilihan raya yang dilihat bakal membantu perdana menteri yang memerintah lebih 30 tahun itu mengekalkan kuasa, ketika tindakan keras diambil terhadap pembangkang.

Pilihan raya pada Ahad ini, bakal menyaksikan 58 anggota daripada 62 Senat di 123 kawasan Parlimen dan 11,572 majlis perbandaran mengundi di 33 pusat membuang undi seluruh Kemboja. Dua anggota Senat setiap seorang dilantik Raja dan Dewan Negara.

Bagaimanapun, kumpulan hak asasi dan ahli politik pembangkang berkata undi Senat adalah pertarungan yang menunjukkan Hun Sen yang bakal berdepan pilihan raya negara pada Julai depan, tidak komited untuk demokrasi pelbagai parti.

Hampir separuh daripada kaunselor dilucutkan hak mereka untuk mengundi pada pilihan raya Ahad ini selepas pembangkang, Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP) dibubarkan oleh mahkamah November tahun lalu atas permintaan kerajaan Hun Sen.

Jurucakap pemerhati pilihan raya, Jawatankuasa Pemilihan Bebas dan Adil Kemboja, Koul Panha berkata, ia adalah pilihan raya Senat pertama yang diadakan tanpa pembangkang utama dan tanpa pesaing.

Katanya, kira-kira 5,007 kaunselor CNRP atau 44 peratus daripada 11,572 layak mengundi, dilucutkan hak mereka.

"Adakah ia demokarasi yang bebas dan adil. Hanya tiga parti politik kecil mencabar undi, selain daripada CPP.

"Saya menjangkakan kami akan menang besar. Saya yakin terpilih 100 peratus," kata jurucakap CPP, Sok Eysan yang turut bertanding dalam pilihan raya Ahad ini.

Majlis Pilihan raya Kebangsaan berkata, parti pemerintah CPP adalah satu-satunya yang mengadakan perhimpunan dalam tempoh kempen 14 hari menjelang hari pemilihan. - Reuters.

Berita Harian X