Jumaat, 17 November 2017 | 12:36pm
PEMIMPIN CNRP, Kem Sokha ditahan atas dakwaan khianat pada 3 September lalu, dituduh merancang mengambil alih kuasa dengan bantuan Amerika Syarikat. - Foto EPA
PEMIMPIN CNRP, Kem Sokha ditahan atas dakwaan khianat pada 3 September lalu, dituduh merancang mengambil alih kuasa dengan bantuan Amerika Syarikat. - Foto EPA

Parti pembangkang Kemboja dibubar

PHNOM PENH: Kerajaan Kemboja berhadapan kritikan antarabangsa hari ini selepas parti pembangkang utama dibubarkan menjelang pilihan raya.

Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP) dibubarkan semalam oleh Mahkamah Agung atas permintaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Hun Sen, yang memerintah lebih tiga dekad yang terancam pada pilihan raya umum tahun depan.

Pemimpin CNRP, Kem Sokha, ditahan atas dakwaan khianat pada 3 September lalu, dituduh merancang mengambil alih kuasa dengan bantuan Amerika Syarikat.

Pengkritik menyifatkan pembubaran CNRP cubaan memanipulasi pilihan raya dan membunuh demokrasi di negara itu.

Sementara itu, AS semalam mendesak Kemboja menarik balik tindakan itu.

"Kami menggesa kerajaan Kemboja menarik balik tindakan membubarkan CNRP.

"Jika tidak, pilihan raya tahun depan tidak sah, tidak bebas dan tidak adil," kata Rumah Putih dalam kenyataan. - Reuters/AFP

Berita Harian X