Khamis, 27 Julai 2017 | 9:18am
BEBERAPA sekolah terpaksa ditutup tetapi sebahagian kanak-kanak masih boleh ke sekolah semalam dengan memakai topeng.- Foto AFP
BEBERAPA sekolah terpaksa ditutup tetapi sebahagian kanak-kanak masih boleh ke sekolah semalam dengan memakai topeng.- Foto AFP

Jerebu melanda Aceh

MEULABOH: Puluhan penduduk termasuk kanak-kanak memenuhi hospital di Aceh bagi mendapatkan rawatan jangkitan paru-paru berikutan asap tebal disebabkan kebakaran hutan.

Beberapa sekolah terpaksa ditutup tetapi sebahagian kanak-kanak masih boleh ke sekolah semalam dengan memakai topeng.

Sejak minggu lalu, kira-kira 35 kawasan kebakaran sudah memusnahkan 70 hektar hutan di Aceh, kata agensi bencana kebangsaan.

"Tindakan petani membersihkan ladang dengan cara membakar menyebabkan kebakaran merebak," kata jurucakap agensi itu, Sutopo Purno Nughoro.

Penduduk dinasihatkan memantau ladang mereka dan tidak membakarnya, terutama ketika musim kemarau kerana api lebih cepat marak.

Pihak berkuasa memberi amaran kebakaran hutan akibat kemarau mungkin berterusan selama beberapa bulan.

Jerebu adalah masalah tahunan di Indonesia disebabkan kebakaran hutan apabila pemilik ladang membersihkan tanah mereka untuk penanaman kelapa sawit.

Asap daripada kebakaran hutan di Sumatera yang dibawa angin biasanya menyebabkan negara jiran seperti Singapura dan Malaysia berjerebu. - AFP

Berita Harian X