NEW YORK: Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter yang menggegarkan Turkiye dan Syria semalam menghampiri 5,000 orang di kedua-dua negara itu setakat ini.
Bagaimanapun, angka kematian dijangka meningkat berikutan pasukan penyelamat terus bertungkus lumus menjejaki mangsa yang terperangkap di dalam runtuhan bangunan dalam keadaan cuaca sejuk dan bersalji.
Berikut adalah beberapa gempa bumi paling dahsyat di dunia dalam tempoh 25 tahun lalu:
- 22 Jun 2022: Lebih 1,100 orang terkorban di Afghanistan susulan gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter.
- 14 Ogos 2021: Gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter di Haiti mengakibatkan 2,200 orang terbunuh.
- 28 September 2018: Gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter di Indonesia mencetuskan tsunami dan membunuh lebih 4,300 orang.
- 25 April 2015: Lebih 8,800 terkorban di Nepal susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter.
- 11 Mac 2011: Gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter 9.0 di luar pantai timur laut Jepun mencetuskan tsunami, mengakibatkan hampir 20,000 orang terbunuh.
- 12 Januari 2010: Lebih 100,000 orang terbunuh di Haiti susulan gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter. Kerajaan menganggarkan jumlah kematian mencecah 316,000 orang.
- 12 Mei 2008: Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang membadai timur Sichuan, China mengakibatkan 87,500 kematian.
- 27 Mei 2006: Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter yang melanda Jawa, Indonesia mengakibatkan 5,700 orang terbunuh.
- 8 Oktober 2005: Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter yang melanda wilayah Kashmir Pakistan mengakibatkan 80,000 orang terkorban.
- 28 Mac 2005: Gempa bumi berukuran 8.6 pada skala Richter yang melanda utara Sumatera, Indonesia mengorbankan kira-kira 1,300 orang.
- 26 Disember 2004: Gempa bumi berukuran 9.1 pada skala Richter di Indonesia mencetuskan tsunami di Lautan India mengorbankan kira-kira 230,000 orang di 12 negara.
- 26 Disember 2003: Gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter yang melanda tenggara Iran, mengakibatkan lebih 20,000 kematian.
- 21 Mei 2003: Lebih 2,200 orang terbunuh dalam gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter di Algeria.
- 26 Jan 2001: Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter yang melanda Gujarat, India mengakibatkan 20,000 orang terkorban.
- 17 Ogos 1999: Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter yang melanda Izmit, Turkiye mengorbankan kira-kira 18,000 orang.
- 30 Mei 1998: Lebih 4,000 orang terbunuh selepas gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter melanda wilayah Badakhshan di Afghanistan.
Sumber: Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) /AP