Sabtu, 23 April 2022 | 4:33pm
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres. - Foto REUTERS
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres. - Foto REUTERS

Guterres akan bertemu Putin di Moscow

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, akan melawat Moscow pada 26 April dan dijadual bertemu dengan Presiden Vladimir Putin.

Selain itu, beliau juga dijadual mengadakan mesyuarat kerja dan menghadiri jamuan tengah hari dengan Menteri Luar Russia Sergei Lavrov, lapor Agensi Berita Xinhua memetik jurucakap Stephane Dujarric.

"Setiausaha Agung itu berkata, pada masa yang mencabar dan berisiko ini, beliau ingin membincangkan langkah-langkah segera untuk mewujudkan keamanan di Ukraine.

"Beliau menegaskan masa depan multilateralisme perlu berdasarkan Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.

"Beliau berkata Ukraine dan Russia adalah ahli pengasas PBB dan sentiasa menjadi penyokong kuat pertubuhan itu," kata jurucakap berkenaan.

Guterres pada Selasa lalu menggesa gencatan senjata kemanusiaan selama empat hari di Ukraine bagi membolehkan pembukaan koridor bantuan kemanusiaan ketika semasa perayaan Kristian ortodoks. - BERNAMA

Berita Harian X