Sabtu, 19 Februari 2022 | 1:18pm
 Foto hiasan - AGENSI
Foto hiasan - AGENSI

Russia nafi terbabit serangan siber ke atas Ukraine

WASHINGTON: Russia menolak tuduhan Amerika Syarikat (AS) sambil menegaskan Moscow tidak terbabit dalam serangan siber ke atas bank Ukraine baru-baru ini, menurut Kedutaan Russia di AS.

Timbalan Penasihat Keselamatan Negara bagi Teknologi Siber dan Baharu, Anne Neuberger, pada Jumaat berkata pentadbiran Presiden Joe Biden percaya kejadian terbaharu membabitkan penggodam siber Russia menyasarkan entiti kerajaan Ukraine, termasuk kementerian pertahanan negara itu, lapor agensi berita Sputnik.

"Kami secara mutlak menolak tuduhan tidak berasas pentadbiran (AS) dan menegaskan bahawa Russia tidak terbabit dalam kejadian itu dan tidak menjalankan sebarang operasi berniat jahat di alam siber," menurut kedutaan menerusi ciapan Twitternya.

Berikutan itu, kedutaan Russia menyifatkan kenyataan Neuberger sebagai anti-Russia. – BERNAMA

Berita Harian X