Jumaat, 4 Februari 2022 | 12:09pm
Gambar hiasan. - Foto NSTP
Gambar hiasan. - Foto NSTP

Penggodam sasar entiti Barat di Ukraine

WASHINGTON: Kajian Palo Alto Networks mendedahkan pasukan penggodam yang didakwa Ukraine dikawal oleh perisikan Russia dan menyasarkan 'entiti kerajaan Barat' kini berada di negara itu.

Amerika Syarikat (AS) dan sekutu lain menghantar penasihat tentera dan pakar keselamatan siber ke Ukraine sejak beberapa bulan kebelakangan ini untuk membantu mempertahankan diri daripada pasukan risikan Russia.

Laporan Rangkaian Palo Alto bagaimanapun tidak menamakan entiti yang disasarkan itu, malah wakil syarikat enggan mengulas lanjut.

Palo Alto Networks berkata, ia dapat menjejaki misi penggodaman Russia dengan menganalisis sekumpulan domain laman sesawang berniat jahat yang berbeza dan direka untuk menjangkiti komputer Ukraine melalui malware.

Palo Alto Networks menggelar kumpulan penggodam yang bertanggungjawab itu sebagai 'Gamaredon'.

November lalu, perkhidmatan keselamatan Ukraine secara terbuka mengaitkan Gamaredon dengan pasukan pegawai Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia yang berpangkalan di Crimea.

Mereka adalah pegawai FSB 'Crimean' dan pengkhianat yang memihak kepada musuh semasa Russia menduduki semenanjung itu pada 2014, kata perkhidmatan keselamatan Ukraine.

Menurut laporan itu, Gamaredon, yang turut dikenali sebagai Primitive Bear oleh penyelidik keselamatan, adalah salah satu daripada 'ancaman berterusan paling maju sedia ada dan paling aktif menyasarkan Ukraine'.

"berdasarkan langkah dan penyampaian ketepatan dalam kempen ini, nampaknya mungkin ada percubaan khusus secara sengaja untuk menyasarkan 'entiti kerajaan Barat', kata jurucakap Palo Alto Networks dalam satu kenyataan. -REUTERS

Berita Harian X