SALVADOR: Lebih 11,000 penduduk hilang tempat tinggal di negeri Bahia, Brazil susulan hujan lebat yang mengakibatkan banjir.
Hujan lebat itu setakat ini sudah mengorbankan 17 orang sejak November lalu, dengan kematian terbaru pada Khamis lalu.
Seramai 4,185 penduduk cuba mendapatkan tempat perlindungan selepas hujan lebat melanda 19 bandar termasuk Guaratinga, Itororo dan Coarachi.
Selain itu, seramai 11,260 penduduk lagi terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.
Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan bertungkus-lumus menyalurkan bantuan segera kepada semua mangsa di kawasan yang terjejas akibat banjir.
Gabenor Bahia, Rui Costa, berkata pihaknya sudah mengambil semua pendekatan memastikan bantuan dapat dihsalurkan segera kepada mangsa.
Dalam pada itu, banjir turut menjejaskan trafik di 17 buah jalan dengan ada antaranya terjejas akibat tanah runtuh.
Taburan hujan bulan ini di ibu negeri Bahia, Salvador berjumlah 250 millimeter (mm) sehingga Jumaat lalu, lima kali ganda berbanding purata tahunan sebelum ini. - AFP