Ahad, 22 November 2020 | 11:09am
Pelayan restoran memakai pelindung muka ketika berurusan dengan pengunjung di sebuah restoran di Pantai Manhattan, California. Pihak berkuasa California mula mengenakan perintah berkurung bermula jam 10 malam hingga 5 pagi bagi memutuskan pandemik COVID-19. - Foto AFP
Pelayan restoran memakai pelindung muka ketika berurusan dengan pengunjung di sebuah restoran di Pantai Manhattan, California. Pihak berkuasa California mula mengenakan perintah berkurung bermula jam 10 malam hingga 5 pagi bagi memutuskan pandemik COVID-19. - Foto AFP

COVID-19: 58 juta kes seluruh dunia, 1.38 juta kematian

WASHINGTON: Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 58 juta kes, mengikut data terbaru Universiti John Hopkins.

Lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, kes positif global kini berjumlah 57,974,667.

Setakat pagi Ahad, data itu juga menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas pandemik COVID-19 dengan 12.04 juta kes jangkitan, diikuti India dengan 9.05 juta kes, manakala Brazil merekodkan 6.02 juta kes.

Kes jangkitan positif COVID-19 di Perancis pula ialah 2,160,372 kes, Russia (2,047,563), Sepanyol (1,556,730), United Kingdom (1,497,129), Itali (1,380,531), Argentina (1,366,182), Colombia (1,240,493) dan Mexico (1,025,969) pula melepasi satu juta kes.

Sementara itu, Peru (946,087), Jerman (918,098), Poland (843,475), Iran (841,308), Afrika Selatan (765,409), Ukraine (629,850), Belgium (553,680), Chile (539,143) dan Iraq (533,555) termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes.

Negara lain yang merekodkan jangkitan COVID-19 dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes adalah Indonesia (493,308), Republik Czech (489,563), Belanda (486,807), Bangladesh (445,281), Turki (440,805), Filipina (416,852), Romania (412,808), Pakistan (371,508), Arab Saudi (355,034), Israel (328,397), Kanada (326,462) dan Maghribi (320,962).

Sementara itu, sebanyak 29 negara merekodkan kes jangkitan positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,00 kes manakala kebanyakan negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.

Sementara itu, jumlah kumulatif kematian akibat pandemik COVID-19 hampir 1.38 juta kes di seluruh dunia.

Statistik Universiti Johns Hopkins menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,378,411 kes dan Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 255,541 kes, diikuti Brazil dengan 168,613 kes.

India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 132,726 dan 100,823 kes kematian, manakala 54,721 kes kematian di United Kingdom.

Sementara itu, negara yang melepasi angka 40,000 kes kematian adalah Itali (49,261), Perancis (48,341), Iran (44,327), Sepanyol (42,619), Argentina (36,902), Peru (35,484), Russia (35,442) dan Colombia (35,104). - AFP

Berita Harian X