Selasa, 27 Oktober 2020 | 2:03pm
Orang ramai menulis di papan hitam apa yang mereka mahu lakukan selepas pandemik COVID-19 berakhir di Lima , Peru. Foto AFP
Orang ramai menulis di papan hitam apa yang mereka mahu lakukan selepas pandemik COVID-19 berakhir di Lima , Peru. Foto AFP

Peru peruntukkan AS$26 bilion tangani krisis COVID-19

LIMA: Peru memperuntukkan 90 bilion sols Peru atau sekitar AS$26 bilion (RM1.08 trilion) untuk melaksanakan pelan pemulihan ekonomi bagi menangani kesan COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Presiden Peru, Martin Vizcarra, berkata keupayaan untuk menangani krisis kesihatan akan dilaksanakan seiring dengan pelan pemulihan itu, yang kini menjadi cita-cita utama dalam sejarah negara.

"Kerajaan memperuntukkan sumber yang besar untuk memperkuatkan kemampuan perkhidmatan hospital," katanya dalam satu majlis di Lima.

Pelan itu merangkumi bantuan kewangan untuk 2.8 juta isi rumah miskin dan 800,000 pekerja tidak rasmi.

Menurut Institut Statistik dan Maklumat Negara, 6,720,000 rakyat Peru hilang pekerjaan pada suku kedua tahun ini disebabkan sekatan pergerakan.

Peru setakat ini mencatatkan 890,574 kes COVID-19 dengan 34,197 kematian, menurut Kementerian Kesihatan. - BERNAMA

Berita Harian X