Rabu, 23 September 2020 | 1:18pm
Gambar hiasan
Gambar hiasan

AS melepasi 200,000 kematian virus semakin merebak

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) melepasi rekod 200,000 kes kematian dan mencatat jangkitan baharu akibat pandemik COVID-19

AS negara yang melepasi angka itu hanya kira-kira 41 hari sebelum pilihan raya pemilihan presiden dan ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kes baharu di seluruh dunia meningkat ke tahap lebih tinggi.

Presiden AS, Donald Trump yang berdepan saingan sengit pencabarnya, Joe Biden dalam pilihan raya akan datang mengatakan angka 200,000 itu sebagai memalukan dan meletakkan kesalahan itu kepada China.

Trump dalam sidang video ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menyerang Beijing berikutan menghentikan penyebaran virus yang disebutnya sebagai 'virus China'.

"Kita patut meletakkan tanggungjawab pada negara yang menjadi punca pandemik dunia ini, iaitu China," katanya pada acara yang hampir sepenuhnya berlangsung dalam talian berikutan pandemik itu.

Trump berulang kali memperlekehkan tahap serius krisis COVID-19 meskipun negaranya antara yang mencatatkan kematian tertinggi dunia.

Menurut perangkaan AFP, lebih daripada 31 juta orang seluruh dunia sudah dijangkiti dan hampir 962,000 menjadi korban COVID-19 sejak virus itu muncul di bandar Wuhan di timur China pada penghujung 2019.

Isnin lalu, WHO melaporkan hampir dua juta jangkitan dicatatkan di seluruh dunia dalam tempoh seminggu hingga 20 September lalu.

Menurut agensi kesihatan PBB, peningkatan enam peratus berbanding minggu sebelumnya adalah 'jumlah kes paling tinggi dilaporkan dalam seminggu sejak awal wabak ini'.

Di Eropah, akibat lonjakan kes memaksa Perdana Menterinya, Boris Johnson mengumumkan langkah baharu meredakan peningkatan jumlah kematian.

Kalangan saintis pula menjangkakan United Kingdom mungkin merekodkan 50,000 kes sehari jika tiada tindakan segera diambil.

Di Sepanyol yang sudah melonggarkan perintah berkurung, bagaimana semalam, Menteri Kesihatannya menasihatkan penduduk di Madrid membataskan pergerakan dan penjarakan sosial hanya untuk tujuan mustahak.

Ia sekali gus memaksa 850,000 penduduk di sebahagian wilayah Madrid kini kembali terkurung.

Di seluruh Eropah, beratus-ratus acara besar ditangguh atau dibatalkan. Malah buat pertama kalinya sejak 1944, acara hadiah Nobel yang sepatutnya diadakan tahun ini, di Stockholm hanya disiarkan melalui televisyen.

Upacara Hadiah Nobel Keamanan di Norway pada Disember juga akan dijadualkan semula.

Di Arab Saudi, kerajaan itu mengumumkan ibadat umrah boleh dilaksanakan semula pada 4 Oktober ini, namun dihadkan kepada 6,000 jemaah dari negaranya.

Di Australia, pihak berkuasa negara itu yang sudah melonggarkan beberapa sekatan, bagaimanapun menguatkuasakan larangan perjalanan antara negeri dalam negeri.

Ini kerana negara jirannya, New Zealand, berjaya menjadikan kes jangkitan hampir sifar dalam kalangan komoniti di sebahagian besar Australia. -AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X