Sabtu, 12 September 2020 | 11:34am
Dalam gambar fail ini yang diambil pada 20 Mei 2020, menunjukkan Unit Rawatan Rapi yang merawat pesakit koronavirus COVID-19 di Hospital Gilberto Novaes di Manaus, Brazil. - Foto AFP
Dalam gambar fail ini yang diambil pada 20 Mei 2020, menunjukkan Unit Rawatan Rapi yang merawat pesakit koronavirus COVID-19 di Hospital Gilberto Novaes di Manaus, Brazil. - Foto AFP

COVID-19: Jumlah kematian di Brazil melepasi 130,000

RIO DE JENEIRO: Angka kematian di Brazil akibat COVID-19 melepasi 130,000 semalam, ketika ramai bersikap optimis terhadap virus yang teruk melanda negara selatan Amerika itu.

Mengikut laporan Kementerian Kesihatannya, dengan jumlah kematian kedua tertinggi bagi wabak itu selepas Amerika Syarikat (AS), COVID-19 di Brazil kini sudah meragut 130,396 nyawa.

Brazil yang mempunyai 212 juta penduduk mencatatkan hampir 4.3 juta jangkitan, iaitu berada di belakang AS dan India.

Dianggap isu yang tidak berkesudahan, di mana jumlah kematian setiap hari adalah lebih daripada 1,000 dari Jun hingga Ogos lalu, akhirnya data di Brazil semakin menurun.

Purata jumlah kematian setiap hari untuk seminggu yang lalu adalah 696 orang.

"Ia menunjukkan kita melewati puncak dan mula mengalami penurunan," kata Pakar Imunologi, Guilherme Werneck pada seminar minggu ini yang dianjurkan oleh institusi penyelidikan kesihatan awam terkemuka Brazil, Yayasan Oswaldo Cruz (Fiocruz).

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro menghadapi kritikan berikutan wabak pandemik itu yang dianggapnya sebagai 'selesema kecil'.

"Sebenarnya, gelombang pertama di Brazil masih belum berakhir," kata pakar " kata pakar Pemodelan Epidemiologi Thomas Mellan dari Imperial College London dalam seminar Fiocruz.- AFP

Berita Harian X