Rabu, 10 Jun 2020 | 8:49am
Ahli Kesatuan Tekstil Peru mendesak kerajaan membuka semula industri itu supaya pengeluaran dan eksport dapat dilaksanakan semula. Foto AFP
Ahli Kesatuan Tekstil Peru mendesak kerajaan membuka semula industri itu supaya pengeluaran dan eksport dapat dilaksanakan semula. Foto AFP

COVID-19: Angka jangkitan Peru lepasi 200,000

LIMA: Peru muncul sebagai tumpuan global untuk COVID-19 semalam selepas Kementerian Kesihatannya mencatatkan lebih daripada 200,000 kes, sekali gus meletakkan negara Amerika Selatan itu di kedudukan kelapan jangkitan tertinggi di dunia.

Angka kematian meningkat kepada 5,738 dan jumlah jangkitan terus bertambah kepada 203,736, iaitu peningkatan kepada 4,000 kes baharu berbanding hari sebelumnya.

Kementerian kesihatannya berkata, 167 orang mati dalam tempoh 24 jam yang lalu, sekali gus menunjukkan Peru kedua selepas Brazil sebagai negara Amerika Latin paling terkesan dan ketiga selepas Brazil dan Mexico dalam jumlah kematian.

Peru, antara negara yang menunjukkan kes tertinggi di rantau itu sehingga Februari lalu, menghentikan sebahagian besar perniagaan ketika tempoh 12 minggu sekatan pergerakan yang diarahkan oleh Presiden Martin Vizcarra.

Kesatuan tekstil mendesak kerajaan supaya membuka semula industri itu supaya pengeluaran dan eksport dilaksanakan semula.

Sementara itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Peru menguncup sebanyak 3.4 peratus pada suku pertama 2020.

Kes pertama negara itu dikesan pada 6 Mac lalu dan Vizcarra mengisytiharkan sekatan pergerakan nasional wajib 10 hari kemudiannya, menutup sempadan dan mengarahkan larangan keluar rumah pada waktu malam - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X