Isnin, 1 Jun 2020 | 7:42am
- Foto hiasan
- Foto hiasan

COVID-19: Lebih sejuta kes di Amerika Latin, Caribbean

MONTEVIDEO: Lebih sejuta kes COVID-19 direkodkan di Amerika Latin dan Caribbean dengan separuh daripadanya dilaporkan di Brazil.

Sejak tercetusnya penularan pandemik COVID-19, 1,016,828 penduduk dijangkiti dengan 514,849 kes direkodkan di Brazil, yang kini muncul sebagai negara keempat kes kematian tertinggi selepas Amerika Syarikat (AS), Britain dan Itali.

Sementara itu, jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 6.13 juta.

Menurut data Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan lebih 100,000 kes.

AS satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.78 juta.

Menurut data Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan lebih 100,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.78 juta, Russia pula mencecah 405,000 kes.

Enam negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 ialah Perancis, Jerman, India, Turki, Iran dan Peru.

Sementara itu, Chile dan Kanada dijangka menyertai negara yang mempunyai angka positif 100,000 dalam masa beberapa hari lagi apabila masing-masing mencatatkan 99,000 dan 92,000 kes.

Negara lain masih mempunyai angka kes pandemik itu di bawah 85,000 termasuk China. - Agensi

Enam negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 ialah Perancis, Jerman, India, Turki, Iran dan Peru.

Sementara itu, Chile dan Kanada dijangka menyertai negara yang mempunyai angka positif 100,000 dalam masa beberapa hari lagi apabila masing-masing mencatatkan 99,000 dan 92,000 kes.

Negara lain masih mempunyai angka kes pandemik itu di bawah 85,000 termasuk China.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X