Rabu, 20 Mei 2020 | 8:36pm
Penduduk di Paraisopolis, salah satu kawasan setinggan terbesar di Sao Paulo, Brazil, menyertai tunjuk perasaan menuntut lebih banyak bantuan daripada kerajaan berikutan ancaman wabak COVID-19. - Foto AFP
Penduduk di Paraisopolis, salah satu kawasan setinggan terbesar di Sao Paulo, Brazil, menyertai tunjuk perasaan menuntut lebih banyak bantuan daripada kerajaan berikutan ancaman wabak COVID-19. - Foto AFP

Kematian COVID-19 meningkat ketara di Brazil

RIO DE JANEIRO: Brazil merekodkan angka kematian tertinggi dalam sehari ketika benua Amerika Latin mula merasakan tekanan semakin memuncak susulan penularan pandemik COVID-19.

Dengan jangkitan pantas mencecah lima juta kes dan kematian memuncak kepada 320,000 orang, sekali gus melumpuhkan ekonomi global, negara termiskin bimbang kerana mungkin tidak berupaya membendung penularan wabak itu.

Semalam, keadaan semakin kritikal di Brazil susulan kematian harian akibat COVID-19 melintasi 1,000 orang buat pertama kali.

Namun, Presidennya, Jair Bolsonaro, tetap menentang perintah berkurung dengan menyifatkan ia sebagai tidak perlu dilakukan kerana hanya membabitkan 'masalah selesema yang kecil'.

Jangkitan di Brazil berada di kedudukan keempat ketiga paling tinggi di dunia dengan 271,885 kes jangkitan dan 17,983 kematian setakat hari ini.

Dijangkakan, negara keenam terbesar dunia itu akan berdepan peningkatan mendadak kes COVID-19 sehingga awal Jun depan.

Virus yang melanda Amerika Latin itu memaksa beberapa kawasan menggantung rancangan untuk melonggarkan perintah berkurung.

Bandar kedua terbesar di Argentina, Cordoba, turut terpaksa menarik semula rancangan untuk melonggarkan perintah berkurung disebabkan lonjakan jangkitan wabak pandemik itu. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X