Selasa, 19 Mei 2020 | 9:30am

COVID-19: Angka jangkitan seluruh dunia melepasi 4.7 juta

WASHINGTON: Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.7 juta, menurut data Johns Hopkins University.

Amerika Syarikat (AS) pada Isnin merekodkan kes kematian akibat COVID-19 melepasi 90,000 kes manakala 1.5 juta kes positif.

Statistik itu juga menyebut 10,000 kes kematian direkodkan dalam tempoh seminggu di negara Uncle Sam berkenaan.

Walaupun AS mencatatkan bilangan kematian tertinggi di dunia dan kes positif jangkitan COVID-19, namun beberapa negara seperti Belgium, Spain, Britain, Italy and Sweden merekodkan lebih banyak kematian per kapita

Mengikut statistik itu juga menganggarkan sehingga 6 Jun ini, AS dijangka merekodkan 112,000 kes kematian.

Setakat ini, 11.5 juta ujian saringan COVID-19 sudah dilaksanakan di AS, rendah berbanding perkapita negara itu dengan kira-kira 272,000 kes sudah pulih.

Lima negara lain yang mencatatkan lebih 200,000 kes positif ialah Rusia, United Kingdom, Sepanyol dan Itali.

Empat negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 kes pula ialah Perancis, Jerman, Turki dan Iran.

Sementara itu, India dan Peru merekodkan angka jangkitan melepasi China dengan masing-masing merekodkan 95,000 dan 92,000 kes.

Dalam perkembangan sama, angka korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dalam tempoh 24 jam dengan jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melepasi angka 317,000 kes.

Menurut statistik dari Johns Hopkins University, tiga negara kini melepasi angka 30,000 iaitu, AS kekal sebagai negara merekodkan kematian tertinggi dan melepasi 90,000 kes. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X