Khamis, 14 Mei 2020 | 7:08am
Petugas kesihatan lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) melakukan ujian COVID-19 di Gereja Abyyssinian Baptist di New York, yang merekodkan kes jangkitan paling banyak di Amerika Syarikat. - Foto AFP
Petugas kesihatan lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) melakukan ujian COVID-19 di Gereja Abyyssinian Baptist di New York, yang merekodkan kes jangkitan paling banyak di Amerika Syarikat. - Foto AFP

COVID-19: Kes positif cecah angka 4.32 juta

WASHINGTON: Jumlah kes jangkitan COVID-19 menunjukkan pertambahan 90,000 kes di seluruh dunia, dengan keseluruhan setakat ini melepasi 4.32 juta orang, menurut maklumat data Universiti Johns Hopkins.

Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara di dunia setakat ini merekodkan lebih sejuta kes dengan jumlah kumulatif 1.38 juta kes.

Empat negara di benua Eropah kini mempunyai angka jangkitan melebihi 200,000 orang iaitu Rusia, United Kingdom (UK), Sepanyol dan Itali.

Rusia merekodkan angka jangkitan baharu yang tinggi sekali gus melepasi UK dan Sepanyol .

Lima negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 iaitu Brazil, Jerman, Perancis, Turki dan Iran.

Negara lain masih mempunyai angka positif COVID-19 di bawah 85,000 kes.

Jumlah pesakit yang sembuh di seluruh dunia pula meningkat kepada 1.52 juta kes.

Setakat ini 188 negara mempunyai kes pandemik tersebut.

Maklumat Universiti Johns Hopkins turut merekodkan angka korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat sebanyak 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melepasi angka 295,000 kes dengan tiga negara kini melepasi angka kematian sebanyak 30,000 kes.

AS kekal sebagai negara merekodkan kematian tertinggi dan melepasi 83,000 kes, diikuti UK 32,000 kes dan Itali 31,000 kes manakala Perancis 27,000 kes dan Sepanyol 26,000 kes. - Agensi

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X