Khamis, 30 April 2020 | 2:16pm
Aktivis alam sekitar, Greta Thunberg. - Foto AFP
Aktivis alam sekitar, Greta Thunberg. - Foto AFP

COVID-19: Thunberg sumbang RM431,600 kepada UNICEF

AMERIKA SYARIKAT: Aktivis alam sekitar, Greta Thunberg, 17, menyumbang sebanyak AS$100,000 (RM431,600) hadiah dimenanginya daripada Yayasan Danish kepada agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UNICEF sebagai bantuan bagi memerangi pandemik COVID-19.

"Seperti krisis alam sekitar, pandemik coronavirus ini juga berkaitan dengan isu hak kanak-kanak.

"Saya ingin meminta setiap orang untuk bersama-sama menyokong UNICEF bagi membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak, melindungi kesihatan dan memastikan mereka terus mendapat pendidikan," katanya dalam satu kenyataan daripada UNICEF.

UNICEF berkata, sumbangan itu akan dimanfaatkan bagi membantu kanak-kanak yang terjejas berikutan perintah berkurung dan penutupan sekolah.

Ia turut difokuskan kepada kanak-kanak yang berada dalam keadaan kekurangan bekalan makanan, tersekat untuk mendapatkan sistem rawatan kesihatan, penderaan dan gagal mendapatkan kemudahan pendidikan.

Aktivis kelahiran Sweden itu turut berkata, pada penghujung Mac lalu, beliau turut berdepan beberapa simptom coronavirus selepas pulang daripada percutian di Eropah. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X