X
Khamis, 23 April 2020 | 5:16pm
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

Lebih 7,000 maut dalam 24 jam di seluruh dunia akibat COVID-19

NEW YORK: Lebih 7,000 kematian direkodkan di seluruh dunia akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 183,000 orang terkorban.

Menurut statistik Johns Hopkins University, angka kematian di empat negara saja masing-masing mencatatkan purata 20,000 mangsa.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara mencatatkan bilangan tertinggi kematian iaitu seramai 46,000 orang iaitu pertambahan 2,600 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ia diikuti Itali dengan peningkatan 485 kematian dengan jumlah kumulatif lebih daripada 25,000 kematian.

Sepanyol menjadi negara ketiga paling terjejas akibat pandemik itu dengan mencatatkan pertambahan lebih 500 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 21,700 kematian.

Perancis pula mencatatkan peningkatan 640 kematian dengan angka terkininya seramai 21,300 orang maut.

Sementara itu, United Kingdom (UK) mencatatkan pertambahan 800 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut seramai 18,000 orang.

Bagaimanapun, kebanyakan negara Eropah itu mencatatkan penurunan jumlah kematian dari hari ke hari. - AFP

Berita Harian X