Khamis, 16 April 2020 | 9:10am
Avenue Pennsylvania di Washington, lengang selepas perintah berkurung dilanjutkan. - Foto AFP
Avenue Pennsylvania di Washington, lengang selepas perintah berkurung dilanjutkan. - Foto AFP

COVID-19: Jumlah kes seluruh dunia melepasi dua juta orang

WASHINGTON: Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi paras dua juta kes.

Data Johns Hopkins University, menunjukkan pertambahan lebih 90,000 kes positif baru dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kes kini 2.04 juta orang.

Lima negara mencatat kes positif melebihi angka 100,000 dengan United Kingdom di jangka menjadi negara keenam dalam tempoh beberapa jam lagi.

Amerika Syarikat (AS) kekal menjadi negara paling teruk terjejas akibat pandemik itu apabila merekodkan lebih 630,000 kes positif COVID-19.

Sepanyol dan Itali masing-masing mencatatkan 177,000 dan 165,000 kes secara keseluruhan.

Sementara itu, Jerman mengatasi Itali untuk berada di kedudukan empat terbanyak dengan 133,000 kes, manakala Perancis 131,000 kes.

United Kingdom kini di ambang angka 100,000 kes selepas mencatat 5,000 kes baharu lagi pada Rabu

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan hampir 6,000 kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut data Johns Hopkins University, ini menjadikan jumlah keseluruhan 133,354 kematian setakat ini.

Amerika Syarikat (AS) mencatat hampir 2,000 lagi kematian, menjadikannya negara paling tinggi angka korban dengan 27,000 manakala Itali masih di kedudukan kedua dengan lebih 21,000 kematian diikuti oleh Sepanyol dengan hampir 19,000 korban.

Sementara itu, Perancis dan United Kingdom masing-masing mencatat 17,000 dan 12,000 kes kematian, manakala, Iran telah mengatasi China dengan mencatatkan lebih 4,000 kematian.

Sementara itu, Perancis dan United Kingdom masing-masing mencatatkan 17,000 dan 12,000 kematian. - Agensi

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X