Rabu, 15 April 2020 | 1:15pm
Kira-kira 1,300 banduan yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 akan diberikan pengampunan di Chile. - Foto Agensi
Kira-kira 1,300 banduan yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 akan diberikan pengampunan di Chile. - Foto Agensi

COVID-19: 1,300 banduan di Chile diampunkan

SANTIAGO: Kira-kira 1,300 banduan yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 akan diberikan pengampunan di Chile selepas Mahkamah Perlembagaan meluluskan undang-undang khas, semalam.

Undang-undang khas itu terpakai kepada banduan berusia 75 tahun ke atas, ibu dengan anak berusia dua tahun dan wanita hamil.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian antaranya bagi banduan yang terbabit dengan jenayah kemanusiaan, penculikan, penyeludupan dadah dan penderaan domestik.

Pengampunan itu, menurut laporan Mahkamah Tinggi bermatlamat mengurangkan tekanan di penjara yang disifatkan sebagai ‘bom jangka’ dengan kepadatan banduan mencecah sehingga 42,000 orang. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X