Jumaat, 27 March 2020 | 8:55am
Trump (kiri) berkata beliau dan Xi akan membincangkan pandemik global dan menegaskan mereka mempunyai "hubungan yang sangat baik”.
Trump (kiri) berkata beliau dan Xi akan membincangkan pandemik global dan menegaskan mereka mempunyai "hubungan yang sangat baik”.

COVID-19: Trump akan bincang dengan Xi Jinping

WASHINGTON: Presiden Donald Trump berkata beliau akan bercakap dengan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping susulan Amerika Syarikat (AS) kini merekodkan kes paling tinggi COVID-19, mengatasi China.

Pada sidang media, Trump berkata, beliau akan bercakap dengan Xi pada jam 9 malam (0100 GMT Jumaat).

Dengan 82,404 kes jangkitan, AS kini mengatasi China dan Itali, menurut kajian dikendalikan oleh Johns Hopkins University.

Bagaimanapun, Trump meragui perkara ini dengan menegaskan “anda tidak tahu angka sebenar di China."

Trump berkata beliau dan Xi akan membincangkan pandemik global dan menegaskan mereka mempunyai "hubungan yang sangat baik”.

Kenyataan Trump yang menegaskan secara berulang dengan menggelar COVID-19 sebagai virus China berikutan ia bermula di Wuhan mencetuskan kemarahan di China.

Trump mendakwa seorang pegawai Kementerian Luar China mengetuai teori konspirasi bahawa tentera AS membawa virus ke China.

Selain isu COVID-19 dan kejatuhan ekonomi yang besar akibat strategi menjarakkan diri sosial di seluruh dunia, Trump dan Xi berkemungkinan membincangkan rancangan untuk merundingkan perjanjian perdagangan baharu antara dua ekonomi terbesar di dunia. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X