Selasa, 24 March 2020 | 9:50pm

COVID-19: Instagram padam kandungan tidak sahih

AMERIKA SYARIKAT: Laman sosial Instagram akan memadam semua akaun dan kandungan membabitkan COVID-19 yang dimuat naik oleh organisasi kesihatan yang tidak sahih.

“Kita akan mula menurunkan kandungan yang dianggap palsu oleh pihak ketiga,” katanya.

Minggu lalu, Twitter turut menghentikan muat naik yang memaparkan informasi yang mengelirukan, termasuk nasihat pakar dan menggalakkan pembaca mendapatkan rawatan palsu.

Awal bulan ini, Facebook memaklumkan ada memberikan iklan percuma kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan pengguna tidak mendapat maklumat yang salah mengenai penyebaran virus itu, termasuk risiko dan cara menanganinya. - Reuters

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X