Selasa, 24 March 2020 | 7:18am
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berucap pada sesi taklimat harian. - Foto Reuters
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berucap pada sesi taklimat harian. - Foto Reuters

COVID-19: AS mungkin mulakan ujian klinikal hari ini

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata ujian klinikal bagi rawatan COVID-19 mungkin dapat dimulakan hari ini di New York.

Katanya, beliau percaya gabungan rawatan menggunakan ubat anti-malaria hydroxychloroquine dan antibiotik azithromycin boleh memerangi pandemik global itu.

“Ujian klinikal di New York akan bermula menggunakan ubat-ubatan sedia ada yang berpotensi melawan coronavirus terbabit.

“Kita ada 10,000 unit yang sedang dibangunkan sekarang dan ia akan diedarkan secepat mungkin,” katanya. - REUTERS

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X