Isnin, 16 March 2020 | 2:33pm
Petugas membersihkan kerusi bas dengan pembasmi kuman bagi elak penularan COVID-19 di Guatemala City, Guatemala. - Foto Reuters
Petugas membersihkan kerusi bas dengan pembasmi kuman bagi elak penularan COVID-19 di Guatemala City, Guatemala. - Foto Reuters

COVID-19: Guatemala lapor kematian pertama

GUATEMALA CITY: Guatemala melaporkan kematian pertama akibat wabak COVID-19 membabitkan seorang warga emas yang berkunjung ke Madrid, baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Hugo Monroy, mengumumkan perkara itu, semalam, sekali gus mencatatkan korban pertama virus berkenaan di Amerika Tengah.

“Lelaki berumur 85 tahun itu pulang dari Sepanyol tanpa menunjukkan sebarang tanda tidak sihat.

“Lelaki itu hanya mempunyai simptom jangkitan pada Sabtu lalu sebelum doktor mengesahkan mangsa dijangkiti virus terbabit, semalam,” katanya pada sidang media.

Mangsa kemudian meninggal dunia di sebuah hospital swasta. - REUTERS

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X