Sabtu, 14 March 2020 | 10:49am
Kakitangan perbandaran memakai topeng pelindung, sebagai langkah pencegahan terhadap penyebaran COVID-19 coronavirus, membantu penumpang di terminal bas di Guatemala City. - Foto AFP
Kakitangan perbandaran memakai topeng pelindung, sebagai langkah pencegahan terhadap penyebaran COVID-19 coronavirus, membantu penumpang di terminal bas di Guatemala City. - Foto AFP

COVID-19: Guatemala sekat kemasukan dari AS, Kanada

GUATEMALA CITY: Mulai Isnin ini, Guatemala akan memperluaskan sekatan perjalanan bagi mengekang penyebaran COVID-19 dengan sekatan dikuatkuasakan ke atas individu dari Amerika Syarikat dan Kanada, kata Presiden Alejandro Giammattei.

"Oleh itu, kami mengumumkan bahawa setiap individu yang datang dari Kanada dan Amerika Syarikat antara sekarang dan tengah malam Isnin akan menjalani proses kuarantin,” kata Giammattei.

Presiden itu berkata beliau juga meminta kerajaan Mexico menghentikan kemasukan pendatang ke Guatemala.

Tiada kapal pelayaran akan dibenarkan untuk berlabuh, tetapi acara-acara awam dan sesi persekolahan akan diteruskan buat masa ini, katanya.

Awal minggu ini, Guatemala menyekat kemasukan dari negara Eropah, China, Iran, Korea Selatan dan Korea Utara.

Terdahulu, negara Amerika Tengah mengumumkan kes COVID-19 pertama. Lelaki berkenaan tiba ke Guatemala dari Madrid melalui Colombia, kata Giammattei.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X